fbpx
Call Button

Gaya Hidup Kampus

Home > Gaya Hidup Kampus  

Ke arah Pencapaian Cemerlang

UniKL sentiasa menghargai setiap pelajarnya, dan kerana itu banyak fasiliti, kemudahan dan prasarana yang dibangunkan khas untuk mempastikan setiap pelajar UniKL akan cemerlang dalam akademik mereka. Fasiliti pendidikan di UniKL adalah yang terkini, demi memastikan yang apa yang mereka terokai di UniKL akan menyerupai apa yang bakal mereka tempuhi di alam pekerjaan kelak.

Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar bertanggungjawab dalam merencanakan pelbagai aktiviti bagi memperbaiki kemahiran interaksi serta mempromosi kesedaran tentang tanggungjawab sosial di kalangan siswa. MPP juga bertindak sebagai badan perhubungan mewakili setiap siswa dengan pihak pentadbiran UniKL demi memastikan yang kebajikan mereka sentiasa terjaga. 

Sukan dan Rekreasi

UniKl amat menitikberatkan pendekatan holistik dapat melahirkan graduan yang cemerlang dalam segala segi. Pelajar perlu merebut peluang untuk mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti dan acara dianjurkan pihak universiti mahupun persatuan seperti sukan, kelab sosial, persatuan dan kumpulan berkepentingan khas. Aktiviti dan acara ini mampu mencetuskan kreativiti dan potensi mereka.

Kewangan dan Kebajikan

Fakulti, warga kerja dan siswa UniKL mempunyai peluang yang terbuka luas untuk berkembang di UniKL kerana wujudnya kombinasi budaya yang menggabungkan kualiti and mutu yang terbuka, bekerjasama dan inovatif. Setiap kampus UniKL dilengkapi dengan fasiliti dan teknologi pendidikan yang menyediakan pengalaman pembelajaran yang mirip kepada situasi alam pekerjaan yang sebenar. Fasiliti yang tersedia di kampus-kampus UniKL termasuk Kolej Kediaman, Fasiliti Pembelajaran dan Fasiliti Penyelidikan yang terkini.

Pembangunan dan Aktiviti

Pembangunan dan kejayaan pelajar diterapkan melalui pelbagai program-program, servis dan kolaborasi yang inovatif. Pusat Pembangunan Pelajar di UniKL sentiasa berusaha ke arah mengekalkan persekitaran yang mesra pelajar, dan peka pada setiap keperluan mereka. Ini membolehkan siswa belajar dalam suasana yang kondusif demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan kemahiran sosial.

Kajian Am | Kaunseling & Bimbingan Kerjaya | Club & Societies | Aktiviti |

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)

Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.

+606 – 551 2000

+606 – 551 2001

BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial

Laman web UniKL dibangunkan & dikendalikan oleh
Penjenamaan Korporat & Komunikasi Strategik
Jabatan (CBSCD)

 

ms_MYMalay