fbpx
Call Button

Club & Societies

Utama > Campus lifestyle > Club & Societies

Membentuk Graduan Masa Depan

Pusat Kecemerlangan Pelajar telah menetapkan beberapa inisatif untuk melahirkan graduan yang cemerlang dari segala segi, baik akademik mahupun ko-kurikulum.SDCL sentiasa berusaha dalam melaksanakan program-program yang inovatif, menawarkan khidmat yang cemerlang,dan membentuk beberapa projek kolaborasi yang bermakna untuk memberi ruang bagi pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan peribadi.

Pelajar UniKL MICET mempunyai pelbagai peluang untuk menyertai aktiviti ko-kurikulum yang sering dianjurkan oleh beberapa kelab dan persatuan yang telah ditubuhkan di kampus ini:

Senarai kelab dan persatuan berdaftar:

 

Kelab Sukan Kelab Bukan-Sukan
Kelab Badminton
Kelab Bola Jaring
Kelab Bola Tampar
Kelab Bowling
Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi
Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia
Kelab Sukan Air dan Rekreasi
Kelab Tenis
MICET FC
Kelab Ping Pong
Kelab Bola Keranjang Bandar
Kelab Sahabat Alam
Kelab Teknologi Makanan
Kelab Bioengineering
Kelab Eksplorasi
Kelab Kebudayaan
Kelab Ketamadunan Islam
Kelab Perkim
Kelab Proses
Kor Sispa
Kelab Rakan Pembimbing
Sekretariat Rakan Muda
Kelab Teknologi Polimer
Kelab Catur
Kelab Teknologi Polimer
Kelab UniFoto dan Media

Setiap aktiviti ko-kurikulum akan diberikan merit dalam bentuk mata GHOCS.

  • GHOCS

GHOCS membawa makna Kemahiran Kritikal Aras Tinggi Graduan. Ia adalah satu sistem yang dibangunkan untuk mengktiraf pencapaian dan usaha pelajar memngambil bahagian dalam sebarang bentuk latihan dan aktiviti baik di dalam atau di luar waktu pembelajaran. Oleh itu, apabila seseorang siswa bergraduat, dia akan menerima dua sijil perakuan dari UniKL - satu yang mengiktiraf kecemerlangan akademik, dan satu lagi yang menyenaraikan pengalaman kemahiran insaniah yang telah dicapai melalui aktiviti ko-kurikulum.

Kenapa GHOCS?

Berikut adalah beberapa objektif untuk pelaksanaan GHOCS di UniKL:

  1. Untuk menggalakkan pelajar untuk belajar berdikari dalam memupuk disiplin diri dan integriti.
  2. Untuk memastikan setiap pencapaian pelajar direkod, dikenalpasti dan diberi anugerah.GHOCS memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran dan sahsiah diri mereka melalui pengalaman yanag ditimba selama di UniKL.
  3. Untuk menjana transkrip/ e-resume/ e-portfolio Kemahiran Kritikal Aras Tinggi (HOCS)

SIAPA YANG MEMPUNYAI AKSES KEPADA SISTEM GHOCS?

GHOCS boleh diakses oleh semua pelajar, staf UniKL (penasihat kelab), pihak Pengurusan SDCLdan ditadbir oleh dua pegawai SDCL di setiap kampus.

JUMLAH MODUL GHOCS

GHOCS adalah program merit berdasarkan mata yang terdiri dari beberapa modul:

  • Pembangunan Kemahiran
  • Program Kecemerlangan
  • Program DNA UniKL
  • Kemahiran Pengurusan (Tambahan)

Oleh itu, semakin banyak penglibatan anda dalam modul yang ada, maka semakin tinggilah markah yang boleh dikumpul untuk sijil GHOCS anda.

Laman web UniKL dibangunkan & dikendalikan oleh
Penjenamaan Korporat & Komunikasi Strategik
Jabatan (CBSCD)

 

 

 

 

 

ms_MYMalay