Club & Societies
Utama > Campus lifestyle > Club & Societies
Membentuk Graduan Masa Depan
Pusat Kecemerlangan Pelajar telah menetapkan beberapa inisatif untuk melahirkan graduan yang cemerlang dari segala segi, baik akademik mahupun ko-kurikulum.SDCL sentiasa berusaha dalam melaksanakan program-program yang inovatif, menawarkan khidmat yang cemerlang,dan membentuk beberapa projek kolaborasi yang bermakna untuk memberi ruang bagi pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan peribadi.
Pelajar UniKL MICET mempunyai pelbagai peluang untuk menyertai aktiviti ko-kurikulum yang sering dianjurkan oleh beberapa kelab dan persatuan yang telah ditubuhkan di kampus ini:
Senarai kelab dan persatuan berdaftar:
Kelab Sukan | Kelab Bukan-Sukan |
Kelab Badminton Kelab Bola Jaring Kelab Bola Tampar Kelab Bowling Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Kelab Sukan Air dan Rekreasi Kelab Tenis MICET FC Kelab Ping Pong Kelab Bola Keranjang Bandar |
Kelab Sahabat Alam Kelab Teknologi Makanan Kelab Bioengineering Kelab Eksplorasi Kelab Kebudayaan Kelab Ketamadunan Islam Kelab Perkim Kelab Proses Kor Sispa Kelab Rakan Pembimbing Sekretariat Rakan Muda Kelab Teknologi Polimer Kelab Catur Kelab Teknologi Polimer Kelab UniFoto dan Media |
Setiap aktiviti ko-kurikulum akan diberikan merit dalam bentuk mata GHOCS.
- GHOCS
GHOCS membawa makna Kemahiran Kritikal Aras Tinggi Graduan. Ia adalah satu sistem yang dibangunkan untuk mengktiraf pencapaian dan usaha pelajar memngambil bahagian dalam sebarang bentuk latihan dan aktiviti baik di dalam atau di luar waktu pembelajaran. Oleh itu, apabila seseorang siswa bergraduat, dia akan menerima dua sijil perakuan dari UniKL - satu yang mengiktiraf kecemerlangan akademik, dan satu lagi yang menyenaraikan pengalaman kemahiran insaniah yang telah dicapai melalui aktiviti ko-kurikulum.
Kenapa GHOCS?
Berikut adalah beberapa objektif untuk pelaksanaan GHOCS di UniKL:
- Untuk menggalakkan pelajar untuk belajar berdikari dalam memupuk disiplin diri dan integriti.
- Untuk memastikan setiap pencapaian pelajar direkod, dikenalpasti dan diberi anugerah.GHOCS memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kemahiran dan sahsiah diri mereka melalui pengalaman yanag ditimba selama di UniKL.
- Untuk menjana transkrip/ e-resume/ e-portfolio Kemahiran Kritikal Aras Tinggi (HOCS)
SIAPA YANG MEMPUNYAI AKSES KEPADA SISTEM GHOCS?
GHOCS boleh diakses oleh semua pelajar, staf UniKL (penasihat kelab), pihak Pengurusan SDCLdan ditadbir oleh dua pegawai SDCL di setiap kampus.
JUMLAH MODUL GHOCS
GHOCS adalah program merit berdasarkan mata yang terdiri dari beberapa modul:
- Pembangunan Kemahiran
- Program Kecemerlangan
- Program DNA UniKL
- Kemahiran Pengurusan (Tambahan)
Oleh itu, semakin banyak penglibatan anda dalam modul yang ada, maka semakin tinggilah markah yang boleh dikumpul untuk sijil GHOCS anda.