fbpx
Call Button

Student Development

Home > Campus Lifestyle > Student Development

Membentuk Graduan Masa Depan

Pusat Kecemerlangan Pelajar telah menetapkan beberapa inisatif untuk melahirkan graduan yang cemerlang dari segala segi, baik akademik mahupun ko-kurikulum.SDCL sentiasa berusaha dalam melaksanakan program-program yang inovatif, menawarkan khidmat yang cemerlang,dan membentuk beberapa projek kolaborasi yang bermakna untuk memberi ruang bagi pelajar mencapai kecemerlangan akademik dan peribadi.

Di UniKL, setiap pelajar dibekalkan dengan ruang dan hak sama rata untuk menerokai kepelbagaian, serta menghargai satu sama lain dalam merekacipta dan menikmati pengalaman belajar bersama-sama.

Pelajar juga sentiasa diberi bimbingan dan sokongan dalam bidang akademik dan gaya hidup kampus melalui perkhidmatan bukan akademik yang disediakan.

Setiap pelajar juga mempunyai profil tersendiri yang dibangunkan untuk memberi kefahaman terhadap minat, gaya dan pencapaian unik mereka. Maklumat ini membantu setiap pelajar untuk menambah-baik perkembangan mereka dari setiap sudut.

Bidang yang perlu dipertimbangkan:

  • Pencapaian akademik
  • Gaya dan kekuatan pembelajaran
  • Minat
  • Kebolehan istimewa
  • Matlamat masa depan
  • Memberi sokongan kepada pembangunan insan dengan mengenalpasti kekuatan dan ruang untuk berkembang.
  • Kenali diri – mengenalpasti tugasan yang digemari, minat, suasana kerja yang kondusif, kemahiran sosial, motivasi, keupayaan membuat keputusan, dan ciri-ciri kepimpinan, yang membantu mereka membentuk kecekapan pengetahuan akademik mereka.
  • Peningkatan bersasar boleh ditetapkan oleh UniKL untuk membimbing siswa mempersiapkan kecekapan untuk masa depan mereka.

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)

Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.

+606 – 551 2000

+606 – 551 2001

BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial

Laman web UniKL dibangunkan & dikendalikan oleh
Penjenamaan Korporat & Komunikasi Strategik
Jabatan (CBSCD)

 

ms_MYMalay