fbpx
Call Button

Perpustakaan Tunku Azizah Knowledge Centre Ibrahim Saad Learning Hub (TAKCISLH)

Utama > Mengenai Kami > Pasukan Pengurusan > TAKCISLH

Perpustakaan Tunku Azizah Knowledge Centre Ibrahim Saad Learning Hub (TAKCISLH)

Koleksi perpustakaan dalam pelbagai bidang pengajian terutama dalam bidang sains dan kejuruteraan turut dipergiatkan untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Pada Januari 2021, perpustakaan ini mempunyai koleksi sebanyak 9,748 judul buku termasuk 16 langganan pangkalan data atas talian yang berkaitan dengan bidang teknologi kimia dan kejuruteraan bio. Koleksi elektronik seperti e-jurnal dan e-buku, yang diterbitkan oleh penerbit akademik utama seperti Elsevier, Springer, Wiley Inter-Science, EBSCO Host, Taylor dan Francis, IEEE dan lain-lain, kini telah melebihi sekitar 100,000 judul.

Perpustakaan Tunku Azizah Knowledge Centre Ibrahim Saad Learning Hub (TAKCISLH) yang sebelumnya dikenali sebagai Pusat Sumber Ibrhim Saad, telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Dr Ibrahim Saad pada 25 Ogos 2005. Nama perpustakaan ini diambil bersempena dengan penghormatan kepada beliau yang menyandang jawatan sebagai Presiden Universiti Kuala Lumpur (UniKL) pada ketika itu. Perpustakaan TAKCISLH ini berada di bawah pentadbiran Pejabat Dekan yang diketui oleh seorang pustakawan dan dibantu oleh dua kakitangan pentadbiran.

Bangunan perpustakaan ini terletak berhampiran dengan pintu masuk utama kampus UniKL MICET dan berdekatan dengan pejabat Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus (SDCL). Dengan berkeluasan kira-kira 3,568 kaki persegi, bangunan yang terdiri dari dua tingkat ini juga mampu menampung sekitar 180 orang pengguna pada satu-satu masa.

Koleksi perpustakaan dalam pelbagai bidang pengajian terutama dalam bidang sains dan kejuruteraan turut dipergiatkan untuk menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan. Pada Januari 2021, perpustakaan ini mempunyai koleksi sebanyak 9,748 judul buku termasuk 16 langganan pangkalan data atas talian yang berkaitan dengan bidang teknologi kimia dan kejuruteraan bio. Koleksi elektronik seperti e-jurnal dan e-buku, yang diterbitkan oleh penerbit akademik utama seperti Elsevier, Springer, Wiley Inter-Science, EBSCO Host, Taylor dan Francis, IEEE dan lain-lain, kini telah melebihi sekitar 100,000 judul.

Pengguna perpustakaan mempunyai akses kepada sumber maklumat elektronik seperti e-journal dan e-buku yang dilanggan oleh Perpustakaan melalui laman web http://library.unikl.edu.my. Perpustakaan juga telah membangunkan kandungan digital yang dipanggil UniKL Institutional Repository (UniKL IR) yang terdiri daripada projek tahun akhir (FYP), kertas peperiksaan tahun lalu, kertas penyelidikan dan projek pemenang anugerah pelajar. Komuniti UniKL MICET juga dapat mengakses pangkalan data atas talian melalui RemoteXs sama ada dari dalam atau luar kampus perpustakaan.

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)

Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.

+606 – 551 2000

+606 – 551 2001

BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial

Laman web UniKL dibangunkan & dikendalikan oleh
Penjenamaan Korporat & Komunikasi Strategik
Jabatan (CBSCD)

 

ms_MYMalay