fbpx
Call Button

Program Ulul Albab

Utama > Program > UniKL Ulul Albab

* Semua maklumat disediakan oleh CQA
* Semua maklumat adalah benar semasa penerbitan. UniKL berhak untuk membuat perubahan pada program yang ditawarkan dan kandungannya tanpa pemberitahuan terlebih dahulu. Program yang akan ditawarkan adalah tertakluk kepada kelulusan MQA.

Program Ulul Albab UniKL

Kursus UniKL Ulul Albab

Program Ulul Albab UniKL

Program Ulul Albab UniKL Objektif utama Program Ulul Albab UniKL adalah untuk melahirkan para huffaz professional. Program ini menawarkan tempat untuk mereka yang sudah menghafal sebahagian atau kesemua 30 juzuk al-Quran agar mereka boleh terus menghafal al-Quran sambil terus mengejar kecemerlangan akademik. Selain itu, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan persijilan dari Darul Quran JAKIM.

Pengenalan

Program Ulul Albab UniKL diperkenalkan pada semester September 2016. Empat buah kampus telah dipilih untuk memulakan program Huffaz Profesional tersebut, dengan 43 orang pelajar. Pada kemasukan September 2017, program ini telah dibuka di empat kampus lagi, dengan jumlah siswa seramai 141 orang. Pada kemasukan September 2019, jumlah huffaz telah mencecah 256 orang.

Para huffaz akan menghadiri 10 jam kelas hafazan seminggu dengan bimbingan seorang tenaga pengajar bertauliah di setiap kampus. Huffaz yang telah berjaya menghafal 30 juzuk al Quran akan menduduki ujian bagi mendapatkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran JAKIM.

Objektif

  • Untuk menyediakan satu sistem pendidikan yang seimbang dari segi rohani, moral, intelektual dan nilai-nilai etika Islam.
  • Untuk menghasilkan masyarakat yang seimbang, adil dan bersatu dengan menyemai semangat keadilan, kejujuran dan tidak mementingkan diri dalam menyumbang kepada komuniti.
  • Untuk memupuk nilai-nilai murni berlandaskan Quran dan sunnah dalam kehidupan seharian pelajar.

Syarat Kemasukan

  • Telah menghafal sekurang-kurangnya 15 juzuk al-Quran
  • Mempunyai latar belakang tahfiz adalah satu kelebihan
  • Lulus temuduga
Carta Alir Program

ALIRAN 1 : SPM 

  • Program Asasi UniKL @ STPM / Diploma
  • Mengambil program Sarjana Muda di UniKL
  • Aliran 2

ALIRAN 2 : STPM / DIPLOMA / MATRIKULASI / ASASI

  • Ujian pengetahuan Al Quran
  • Program Sarjana Muda & Modul Ulul Albab (3 – 5 tahun)
  • Sijil Tahfiz Malaysia / Sijil Tahfiz Al Quran * (Menamatkan Modul 60 jam kredit)
  • Graduan Technologi /Kejuruteraan / Perubatan

Tahun 1

Kursus Ulul Albab (Semester 1 & 2)

  • 2 jam/hari (7 am – 9 am):
    • Kelas Hifz Al-Quran 1 & 2
    • Kelas Tajwid


Tahun 2

Kursus Ulul Albab (Semester 3 & 4)

  • 2 jam/hari
    • Kelas Hifz Al-Quran 3 & 4
    • Kelas Tajwid


Tahun 3

Kursus Ulul Albab (Semester 5 & 6)

  • 2 jam/hari
    • Kelas Hifz Al-Quran 5 & 6


Tahun 4

Kursus Ulul Albab (Semester 7 & 8)

  • 2 jam/hari
    • Kelas Tasmi’, Tahriri & Murajaah
    • Sijil Tahfiz Malaysia/ Sijil Tamat
  • Terlibat dengan aktiviti mobiliti (tempatan/luar negara) : Imam Terawikh

Maklumat Ringkas

Status Program:

Yuran Pengajian
Tiada yuran tambahan dikenakan untuk program Huffaz Profesional UniKL Ulul Albab program
* Yuran minima akan dikenakan untuk mereka yang layak menduduki ujian STM.

Pengambilan:
Mei / Jun (Asasi)
September (Sarjana Muda)

Tempoh:
4 tahun

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)

Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.

+606 – 551 2000

+606 – 551 2001

BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial

Laman web UniKL dibangunkan & dikendalikan oleh
Penjenamaan Korporat & Komunikasi Strategik
Jabatan (CBSCD)

 

ms_MYMalay