fbpx
Call Button

Unit Kewangan

Utama > Mengenai Kami > Pasukan Pengurusan >Unit Kewangan

Unit Kewangan

Unit Kewangan adalah salah satu unit perkhidmatan (services) di UniKL MICET

Fungsi utama Unit Kewangan adalah memastikan kelancaran operasi kewangan harian berjalan lancar, mematuhi SOP dan Garis Panduan agar ia dapat memberi maklumat dan memenuhi keperluan pelanggan menyeluruh.

Unit Kewangan mempunyai 5 kakitangan dengan tiga sub unit utama terdiri daripada Akaun Pungutan (Account Receivables), Akaun Bayaran (Account Payables) dan Laporan (Reporting).

AKAUN PUNGUTAN

Akaun Pungutan (Account Receivables) bertanggungjawab dalam transaksi kewangan yang melibatkan pendapatan dan pungutan hasil. Semua urusan yang melibatkan caj / tuntutan yuran pengajian dan yuran – yuran lain pelajar, lain-lain pendapatan seperti program jangka pendek (Short Course), sewaan premis uniKL MICET, denda dan lain – lain hasil adalah dibawah tanggungjwab unit ini. Selain itu, ia juga bertanggungjawab bagi kawalan dan pengurusan kawalan credit (Credit Control).

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seperti dibawah:

  • Sitti Khadijah Binti Jantan (Pembantu Tadbir)

Tel: +606 – 551 2038

Email: sitikhadijahj@unikl.edu.my

AKAUN BAYARAN

Akaun Bayaran (Account Payables) bertanggungjawab untuk memproses semua pembayaran (selain pembayaran gaji) yang dibuat oleh UniKL MICET. Ia merangkumi pembayaran kepada pembekal (vendor), tuntutan perbelanjaan perjalanan, perubatan dan pembelian tunai, pendahuluan kepada pekerja bagi tujuan pembelian dan aktiviti pelajar, pembayaran balik deposit / lebihan bayaran pelajar dan semua pembayaran lain-lain yang melibatkan perbelanjaan universiti.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai seperti dibawah:

  • Zaharah Binti Hamzah (Pegawai)

Tel: +606 – 551 2057

Email: zaharah@unikl.edu.my

  • Azhari Bin Ahmad (Pembantu Tadbir)

Tel: +606 – 551 2057

Email: azharia@unikl.edu.my

Carta aliran 

KAEDAH PEMBAYARAN

Semua pembayaran kepada UniKL MICET hendaklah dibuat secara atas talian (online) pada butiran seperti berikut:

 

BANK NAME / NAMA BANK :                   CIMB BANK

ACCOUNT NAME / NAMA AKAUN:          AKAUN PUNGUTAN UNIKL MICET

ACCOUNT NUMBER / NOMBOR AKAUN: 800 4418 735

BILLER CODE:                                               12518

 

Untuk maklumat kaedah pembayaran, sila rujuk panduan yang disediakan.

CAJ YURAN PENGAJIAN

Invoice yuran pengajian (Tuition Fee) akan mula dikira pada minggu ke dua (2). Bagi pelajar yang ingin menarik diri / menangguhkan pengajian, yuran pengajian dicaj mengikut minggu sesi pengajian berdasarkan kalendar akademik. Panduan pengiraan yuran pengajian adalah berdasarkan jadual di bawah:

PENDAFTARAN SEMESTER / SEKATAN PEPERIKSAAN

Bagi pendaftaran semester, Pelajar yang mempunyai tunggakan bayaran tidak dibenarkan membuat pendaftaran atas kriteria berikut: -

a) Mempunyai hutang tertunggak dari semester sebelumnya yang melebihi RM1,000

b) Tunggakan yuran untuk semester semasa, yang mana yuran hendaklah dijelaskan sebelum tarikh pendaftaran

c) Loans are deferred due to CGPA < 2.5

d) DDA Ditolak

JUMLAH KREDIT KEPADA SISWAZAH (TCG)

TCG adalah proses pengiraan jumlah yuran pengajian keseluruhan sepanjang tempoh pengajian. Pengiraan ini akan mengambil kira jumlah jam kredit (Credit Hours) bagi subjek ulangan (Repeat / Withdraw / Upgrade Paper) dan pengecualian jam kredit (Exemption / Transfer Credit). Proses ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam Polisi Kewangan F / AR / 0003/2009 (Semakan ke-2 bertarikh 27 Januari 2011).

TCG akan dikira pada minggu ke lima (5) berdasarkan tarikh kalender akademik bagi satu – satu semester setelah status terkini pelajar dikemaskini oleh unit Akademik (ACSS) selewat – lewatnya pada minggu ke empat (4). Bagi tujuan kemaskini kepada pelajar, maklumat melalui SMS / Peringatan / Telefon akan dibuat dan pelajar juga digalakkan untuk membuat semakan status mereka di portal pelajar (ECITIE). Jika pelajar memerlukan maklumat terperinci, sila hubungi pegawai di bahagian Akaun Pungutan ((Account Receivables).

PROSES PELEPASAN

Pelajar yang menarik diri / diberhentikan pengajian/ tamat pengajian WAJIB mengisi borang tuntutan Deposit. Tujuan proses ini untuk mengenal pasti sebarang caj / denda yang akan dikenakan kepada pelajar sebelum pembayaran balik Deposit dibuat. Anggaran pembayaran balik Deposit adalah dalam masa 2 – 4 minggu dari tarikh borang lengkap dihantar ke Unit Kewangan. Borang tuntutan adalah seperti di sini.

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)

Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.

+606 – 551 2000

+606 – 551 2001

BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial

Laman web UniKL dibangunkan & dikendalikan oleh
Penjenamaan Korporat & Komunikasi Strategik
Jabatan (CBSCD)

 

ms_MYMalay