Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus
Utama > Mengenai Kami > Kumpulan Pengurusan Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus
Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus (SDCL)
Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus
UniKL MICET adalah salah satu daripada dua belas kampus UniKL yang sentiasa berusaha untuk memberikan kemudahan kepada para pelajar sebagai sebuah institusi besar, namun masih mengekalkan keadaan sebagai sebuah kolej kecil. Kebiasaanya, pelajar ditempatkan di dalam kelas yang mempunyai bilangan pelajar yang kecil. Kami menggalakkan interaksi di antara fakulti dan pelajar dan seterusnya membantu para pelajar untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan yang disediakan di luar kelas.
Sekiranya pelajar mempunyai keperluan, pertanyaan, kebimbangan atau sedang mencari pertolongan di dalam bidang akademik dan aktiviti kokurikulum, kami mempunyai anggota kakitangan yang sedia membantu. Kajian menunjukkan bahawa pelajar yang terlibat secara aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti kampus lebih cenderung untuk berjaya dalam kerjaya bernading dengan pelajar yang sebaliknya.
Bahagian Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus (SDCL) bertanggungjawab untuk kebanyakan perkhidmatan kepada pelajar dan program di luar bilik darjah serta berperanan menyokong misi Universiti.Ianya dibahagikan kepada 3 (tiga) bahagian: Bahagian Pembangunan Pelajar (SD), Bahagian Gaya Hidup Kampus (CL) dan Bahagian MeSRA.
Bahagian Pembangunan Pelajar menyokong perkembangan peribadi pelajar melalui sub-bahagian Pengajian Am yang menawarkan mata pelajaran yang menekankan profesional dan pembangunan etika; menyediakan perkhidmatan dan program yang memudahkan kejayaan akademik melalui Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya; dan mendorong penyertaan dalam aktiviti kokurikulum melalui pelbagai kelab dan pertubuhan.
Bahagian Gaya Hidup Kampus menjaga kebajikan dan penginapan pelajar, mendorong bakat atlet, menguruskan pelajar antarabangsa dan juga terlibat dengan alumni.
MeSRA adalah barisan hadapan UniKL yang merangkumi pemasaran, pengambilan pelajar dan kemasukan
Semua perkhidmatan dan program yang disediakan adalah untuk memberi manfaat kepada pelajar dan meningkatkan peluang pelajar untuk berjaya serta menikmati pengalaman UniKL mereka.
GAYA HIDUP KAMPUS
- KEBAJIKAN & PENGINAPAN
- SUKAN & REKREASI
- PELAJAR ANTARABANGSA
- ALUMNI
PEMBANGUNAN PELAJAR
- PENGAJIAN AM
- BIMBINGAN KAUNSELING & KERJAYA
- KELAB & PERTUBUHAN
MeSRA
- PEMASARAN
- PENGAMBILAN PELAJAR
- KEMASUKAN
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)
Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.
+606 – 551 2105
+606 – 551 2001
BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial