Kemudahan
Utama > Mengenai Kami > Kemudahan
"Rasa Seperti berada di RUMAH"
Kemudahan yang menarik dan pelbagai yang terdapat di UniKL adalah bukti komitmen UniKL untuk terus cemerlang. Kemudahan ini dilengkapi dengan teknologi terkini adalah bagi merancang serta menyediakan persekitaran yang meniru dunia nyata. Ini untuk memastikan bahawa graduan kami secara langsung bersedia menghadapi dunia pekerjaan yang serba pantas dan berubah-ubah, setelah tamat pengajian.
Kemudahan Penginapan | Kemudahan Pembelajaran | Kemudahan Makmal
Kemudahan Penginapan
Good quality off-campus accommodation at reasonable rates is also available. UniKL usually provides on-campus accommodation for all students for at least one year.
Perabot & Kelengkapan Tambahan
Secara umum, semua unit pangsapuri merangkumi kemudahan berikut:
- inventori bilik: katil single, tilam, meja sisi, almari pakaian, papan kenyataan, kipas siling dan lampu;
- inventori dapur: kabinet dapur, meja & kerusi makan, dan tong sampah;
- all rooms are furnished with curtains;
- warden atau rakan-rakan unit pelajar memastikan bahawa, antara lain, segala kerosakan akan diperbaiki dengan serta-merta;
- study table & chairs, study lamp and WIFI .
- Keselamatan 24 jam
- Liputan WiFi percuma 24 jam
Sports & Recreation Facilities
UniKL juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan sukan dan rekreasi kepada kakitangan dan pelajar. Unit sukan dan rekreasi akan:
- Mengatur dan mendorong pertandingan dan aktiviti sukan untuk mempromosikan gaya hidup sihat
- Membangunkan, menyediakan dan menguruskan kemudahan sukan dan rekreasi untuk kepuasan pelajar
- Merancang dan mengatur program sukan dan rekreasi untuk mendorong penglibatan pelajar
- Memupuk nilai pendidikan dalam aktiviti sukan dan rekreasi untuk melahirkan individu yang serba boleh
UniKL telah membentuk beberapa pasukan, yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar untuk mempromosikan semangat persaingan yang sihat di dalam aktiviti kesukanan antara pasukan
Kemudahan Kelab dan Pertubuhan
UniKL mempercayai pendekatan holistik dalam mewujudkan individu yang serba boleh. Kelab dan pertubuhan yang ada di UniKL membolehkan pelajar meneroka kreativiti dan potensi mereka dalam bentuk seni atau pun sukan. Kelab dan pertubuhan ini memberi peluang terbaik kepada pelajar untuk bertemu sesama mereka yang mempunyai minat dan kecenderungan yang sama
Kemudahan Lain
Pelajar di asrama mempunyai akses ke pelbagai kemudahan rekreasi dan akademik. Felo atau kakitangan kediaman sedia membantu dan memberi nasihat kepada pelajar sepanjang tempoh semester berkenaan dan setiap kolej biasanya menjalankan program sosial dan budaya sendiri
Kemudahan Pembelajaran
Kampus UniKL dilengkapi Infrastruktur yang sangat baik dengan teknologi terkini. Infrastrukturnya disokong oleh peralatan canggih, bilik darjah, makmal, Hangar, Perpustakaan, Asrama, bengkel serta studio IT dan multimedia yang terdapat di UniKL adalah bukti komitmen UniKL untuk terus cemerlang. Ini untuk memastikan pelajar kita menjalani gaya hidup serta penaglaman kampus mereka secara sepenuhnya
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)
Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.
+606 – 551 2105
+606 – 551 2001
BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial