fbpx
Call Button

Unit Pengurusan Pejabat & Aset

Utama > Mengenai Kami > Pasukan Pengurusan > Office & Asset Management Unit

Unit Pengurusan Pejabat & Aset

 Fungsi Unit ini ialah untuk menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan dengan menyediakan ruang kerja dan kemudahan pejabat yang selesa.

Unit pengurusan pejabat dan aset ini bertanggungjawab mengurus dan mengendalikan fungsi dan operasi pejabat am.

Pengurusan Aset
Di bawah skop Pengurusan Aset fungsi Unit Pengurusan Pejabat & Aset ialah menguruskan hal berkaitan dengan pendaftaran, pemeriksaan, penyelenggaraan dan seterusnya membuat pelupusan aset sekiranya perlu.
Pengurusan Kenderaan

Dibawah skop Pengurusan Kenderaan ialah menerima permohonan tempahan kenderaan dari staf dan pelajar, memperbaharui Lesen Kenderaan, Cukai Jalan, Saman dan hal-hal berkaitan penyelenggaraan kenderaan syarikat. Unit pengurusan pejabat dan aset juga bertanggung jawab untuk menghantar laporan bulanan penggunaan kenderaan ke Canselori. Jumlah kenderaan syarikat ialah sebanyak 3 buah iaitu:

  • Bas
  • Van
  • Kereta
Kunci & Kawalan Akses

Unit pengurusan pejabat dan aset juga bertanggungjawab menguruskan keluar dan masuk kunci di bilik-bilik staf dan pensyarah.

Kemudahan Sukan dan Rekreasi
  • Gelanggang Futsal dengan lampu
  • 2 Gelanggang Takraw
  • 2 gelanggang bola keranjang luaran
  • 2 gelanggang tenis
  • 2 gelanggang bola tampar
  • Gelanggang bola jaring
  • Arena sukan dalaman menyediakan sukan dalaman seperti badminton dan pingpong
  • Padang Bola Sepak & Ragbi
  • Gim senaman yang lengkap
  • Kawasan besar untuk sukan dan rekreasi luar umum
UniKL MICET Hijau Kempen Kesedaran Di Kampus.

1. Buat taman kampus - Tanam kebun untuk memperindah ruang anda, atau gunakannya untuk menanam sayur-sayuran anda sendiri.
2. Hanya gunakan apa yang anda perlukan - Pastikan anda menutup suis semasa keluar dari bilik & cabut plag peranti anda apabila selesai mengecas.
3.Kurangkan penggunaan kertas - Cuba kurangkan margin dan jarak dan cetak kedua-dua sisi. Galakkan kakitangan atau pelajar menggunakan e-mel sebagai ganti kertas.
4. Gunakan sedikit air - Tutup pili air, apabila mencuci tangan anda
5. Kompos - Untuk menyediakan tong kompos untuk sisa makanan dari kafeteria .

UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Branch Campus Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET)

Lot 1988, Kawasan Perindustrian Bandar Vendor, Taboh Naning,
78000 Alor Gajah, Melaka.

+606 – 551 2000

+606 – 551 2001

BERHUBUNG DENGAN #uniklmicetofficial

Laman web UniKL dibangunkan & dikendalikan oleh
Penjenamaan Korporat & Komunikasi Strategik
Jabatan (CBSCD)

 

ms_MYMalay